June 08, 2025
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal mal...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Oleh Khairul Fahmi Mat Som Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi M [...]

Published by Admin
01 Apr 2013 0 comments

Volkswagen Polo GTI versi kompak yang bertenaga

By KopiO - Sabtu, 15 Disember 2012


Hazril Hafiz- Bhauto.my 

Polo, sebagai model paling kompak yang dipasarkan oleh Volkswagen di Malaysia bukan sebarang kereta kompak biasa. Selepas pengenalan versi Polo TSI tidak lama dulu, model ini dijelmakan semula dalam versi prestasi, dengan logo GTI yang menjadi lambang kemegahan pembuat kereta dari Jerman ini.

Untuk memandu sebuah Polo yang dilengkapi dengan spesifikasi GTI amat mengujakan. Ia kecil, dan dilengkapi dengan enjin yang juga kecil. Cuma, enjin 1.4 liter TSI (dengan pengecas turbo serta superchage) yang ada padanya memberikan karektor tersendiri yang akan membuatkan tanggapan orang ramai berkenaan kereta kecil ini berubah. Walaupun dengan keterbatasan saiz, Polo GTI ini tidak membosankan, terutamanya kepada pemandu.

Sebagai padanan enjinnya, sistem transmisi DSG 7-kelajuan disediakan. Hasilnya, untuk sebuah kereta kompak ini, kuasa yang dijana cukup besar; 177hp kuasa dan 250Nm tork dengan kelajuan maksimum 229kmj.

Dengan kuasa dan spesifikasi begini, sudah tentu Polo GTI akan dapat memuaskan gian mereka-mereka yang gemarkan pemanduan optimum. BH Auto memandu di dalam pelbagai laluan sepanjang tiga hari bersama unit pandu uji Polo GTI ini minggu lalu. Pada setiap keadaan, respon kereta ini yang cepat banyak membantu. Dari stereng, input pedal minyak hingga kepada brek, ia berperanan dengan cukup baik. Saluran kuasa juga tidak banyak memberikan masalah kerana pada kebanyakan masa ia sentiasa lancar dan bertenaga.

Sekiranya kurang berpuas hati dengan mod gear pemanduan biasa, anda boleh bertukar kepada mod ‘S’ pada tombol gearnya. Di dalam mod ini, profil dan perwatakan enjin serta nisbah pertukaran menjadi lebih ketara dan agresif. Misalnya, di dalam mod ini, deruman enjin lebih jelas kedengaran dan titik pertukaran gear berlaku pada rpm yang lebih tinggi berbanding mod biasa, sekitar 5,000rpm.

Kereta kecil ini memang senang untuk memecut. Dalam sekelip mata kelajuan dapat ditingkatkan. Cuma, ketika melalui lebuhraya misalnya, ia terasa sedikit ringan. Di laluan-laluan tidak rata dan beralun dan memandunya pada kelajuan tinggi menimbulkan rasa seperti ia mudah ‘melayang’.

Di selekoh, ia mampu beraksi dengan berkesan, walaupun ada waktunya tidak begitu tegap memasuki selekoh seperti model-model GTI dari Volkswagen yang lain. Ini kemungkinan disebabkan oleh saiznya, dengan ukuran ‘wheelbase’ yang lebih pendek.

Dari sudut pandang pemandu, Polo GTI menawarkan pemanduan yang diinginkan. Bagaimanapun, dari sudut pandang penumpang, ada yang mengatakan ia agak kurang diselesa. Ini terutamanya berlaku kerana talaan sistem gantungannya yang agak keras. Ini berguna untuk keberkesanan kendalian, tetapi sedikit sebanyak mengorbankan keselesaan, terutama kepada mereka yang jarang-jarang menaiki kenderaan prestasi.

Bahagian dalamannya ringkas. Tembat duduk khusus GTI dengan fabrik corak petak adalah identiti yang datang sekali dengan logo GTI. Ini adalah satu daripada model yang seronik di pandu. Ditawarkan dalam versi 3-pintu dan 5-pintu, Polo GTI ini walaupun kecil tetap membolehkan pemiliknya menikmati ketangkasan dan ciri eksklusif yang dibangunkan Volkswagen bagi siri kenderaan GTI yang dikeluarkannya.

Spesifikasi Golf Polo GTI 


Enjin: Petrol 4-silinder, suntikan terus dengan pengecas berkembar.

Kuasa maksimum: 177hp @ 6,200rpm

Tork maksimum: 250Nm @ 2,000 – 4,500rpm

Transmisi: Automatik 7-kelajuan DSG

Ciri-ciri keselamatan: Beg udara bahagian depan dan sisi, ESP, EBD, ‘electronic diff lock’, TCS, penunjuk tekanan tayar, ISOFIX (2), Euro NCAP 5-bintang.

Harga: RM132,888 (3 pintu) dan RM135,888 (5 pintu).


Lagi gambar Polo GTI

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Volkswagen Polo GTI versi kompak yang bertenaga"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement