Industri kereta terpakai bakal alami kerugian sehingga RM3 bilion
By KopiO - Selasa, 21 Jun 2011
PERSEKUTUAN Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) berpendapat industri kereta terpakai tempatan dijangka mengalami kerugian sehingga RM3 bilion iaitu kira-kira 20 peratus daripada RM15 bilion nilai pasaran industri tahun ini ekoran pindaan Akta Sewa Beli 1967 (pindaan 2010) yang dilaksanakan Jun lalu.
Industri kereta terpakai dijangka mengalami kerugian RM3 bilion ekoran pindaan Akta Sewa Beli 1967. | foto HIASAN
“Urusan jual beli kereta akan melalui pelbagai proses dokumentasi yang menelan masa dan kos. Pembeli yang berubah fikiran kini berhak membatalkan pembelian bila-bila masa sedangkan kami sudah melakukan proses pinjaman dan pertukaran hak milik. Jika ini berlaku, siapa yang akan menanggung semua kerugian ini? “Ia secara tidak langsung menyebabkan ramai penjual kereta terpakai bimbang dengan pindaan akta yang dilihat hanya menyebelahi satu pihak saja,” katanya pada sidang media sempena majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara eAuto Sdn Bhd dengan FMCCC di Genting Highlands, semalam.
Tony berkata, jualan kereta terpakai mencecah 40,000 hingga 50,000 kereta sebulan, kira-kira 450,000 hingga 500,000 setahun dengan nilai jualan RM15 bilion.
Sementara itu, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) meminta kerajaan menangguhkan sepenuhnya pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967 bagi mengurangkan kesan negatif kepada industri automotif di negara ini.
Presidennya, Armin Baniaz Datuk Pahamin, berkata pindaan itu yang sudah diwartakan tanpa perbincangan awal dengan pihak industri perlu dikaji semula.
“Pindaan Akta Sewa Beli itu yang berkuat kuasa Khamis lalu difahamkan tidak pragmatik dan boleh menghentikan pertumbuhan industri automotif dan permintaan itu dibuat kerana pengedar kenderaan akan menghadapi masalah aliran tunai yang serius disebabkan wang tempahan dan deposit perlu dijelaskan terlebih dulu kepada bank.
“Ini bagi memastikan jumlah kutipan wang sama jumlahnya dengan harga kereta di atas jalan (OTR) sebelum pihak bank membenarkan pengeluaran bayaran dikeluarkan kepada pengedar,” katanya. -HMetro
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Industri kereta terpakai bakal alami kerugian sehingga RM3 bilion"