Advertisement

Latest News

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata, penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Menurut Johari, pihaknya menerima surat penarikan diri minggu lalu daripada Anwar.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

"Ketika sidang media terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri, tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian Karpal Singh dan kes mahkamah lain," kata pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

Sinarharian
Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklumkan dataran berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, himpunan yang akan diadakan pada 1 Mei itu tetap diteruskan di dataran berkenaan namun ianya tidak akan mengganggu tempat pengubahsuaian.

“Bahagian ubah suai biar diubah suai, di bahagian tak diubah suai, bahagian kosong,” beritahu Mohamad kepada media.

Projek menaik taraf Dataran Merdeka itu telah disahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Menurut Datuk Bandar, dataran berkenaan ditutup sehingga projek ubah suai yang bernilai RM3.8 juta itu siap menjelang Jun depan.

Himpunan bantah GST merupakan perhimpunan bersama beberapa NGO dan mendapat sokongan Pakatan Rakyat (PR) itu bagi membantah pelaksanaan cukai GST yang diperkenalkan kerajaan yang didakwa terpaksa mengutip cukai bagi mencari dana akibat kekurangan pendapatan negara akibat berlakunya ketirisan, penyelewengan dan rasuah sehingga menyebabkan rakyat menanggung beban.
Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tidak lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.

“Pendirian Singa¬pura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.

“Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian,” katanya ketika menjawab satu soalan di dewan Parlimen Singapura.

Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.

Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.

Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Feb 2014 berkata: “perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.

“Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan.”

Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singa¬pura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singa¬pura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia.

Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Penggunaan kalimah Allah dalam komik 'Ultraman The Ultra Power' dipercayai menjadi punca mengapa ia diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut KDN, watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah, jelas boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat ALLAH.

Tambah KDN, perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini juga disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak.

Oleh itu, KDN telah mewartakan larangan terhadap buku itu, berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

"Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan menerbitkan bahan bacaan seperti ini boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," demikian menurut KDN dalam satu kenyataan.

Buku dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya ialah Network Printers.

Sinarharian
Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal malam tadi di Stadium Darul Makmur terpaksa dibatalkan gara-gara kekecohan hampir 7,000 orang memenuhi kawasan trek stadium akibat limpahan penonton memasuki stadium melebihi kapasiti sebenar.

[Tonton video di bawah artikel]

Stadium yang berkapasiti 35,000 itu telah dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan kerana dilaporkan wujud penonton yang memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga laporan wujud provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sehingga ada beberapa penonton yang tercedera akibat balingan objek keras dari luar stadium. Kerana bimbangkan keselamatan, pihak pengurusan perlawanan terpaksa menangguhkan perlawanan yang dilaporkan akan diadakan di stadium berkecuali tanpa penonton.

Namun apa yang menggelikan hati, para penonton di rumah yang menonton melalui Astro Arena 801 untuk siaran langsung perlawanan berkenaan telah disajikan dengan siaran 'gantian' iaitu aksi seekor kucing sedang melakukan aksi 'akrobatik' membuang najis di tengah padang.



--Hariankini.com
Tidak pasti apakah pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut.

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menyatakan demikian ketika diminta mengulas pujian Najib dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara.

Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak, lapor Selangorku.

“Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal.

“Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat,” ujarnya yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Jika dilihat, kebanyakan projek-projek persekutuan ini lebih pentingkan bilangan atau kuantiti sementara kualiti langsung tidak dipantau.

“Malah, kita juga tidak tahu siapa yang benar-benar menerima manfaat daripada projek yang dijalankan,” ujarnya.

--Harakahdaily.net
Advertisement