Advertisement

Latest News

Piala AFF 2012: Malaysia gagal ke final dalam aksi berat sebelah

By KopiO - Sabtu, 15 Disember 2012

Hariankini.com – Juara bertahan Harimau Malaya gagal menempah slot ke final dalam aksi bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas kepada Thailand 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, kelmarin.

Di separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kedua-dua pasukan seri 1-1. Ini menjadikan Thailand menang dengan agregat 3-1 untuk ke final bertemu Singapura yang terlebih dahulu layak ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan Filipina 1-0 di laman sendiri.

Di Bangkok, skuad Harimau Malaya terpaksa berdepan layanan buruk kelas ketiga dari Thailand apabila sekadar di beri padang seperti sawah untuk melakukan latihan pemanas badan. Skuad kebangsaan turut tidak dibenarkan untuk melakukan latihan di stadium yang bakal mereka beraksi dalam separuh akhir kedua.

Ketika perlawanan, beberapa pemain Malaysia yang dianggap bahaya tidak dapat beraksi dengan baik apabila dikawal ketat pihak lawan. Namun, apa yang mendukacitakan, mutu pengadilan dilihat begitu teruk dengan keputusan yang di luar dugaan iaitu memberi kad kuning kedua buat pemain pertahanan Malaysia, Fadhli Shas sekaligus dilayang kad merah. Padahal tayangan semula video perlawanan jelas menunjukkan pemain Thailand telah memulakan tindakan kasar terhadap Fadhli Shas, namun pemain itu sekadar dilayangkan kad kuning pertama.

Malaysia bermain dengan tertekan selepas terpaksa beraksi dengan sepuluh orang dan Thailand mengambil peluang terbentang luas untuk menjaringkan dua gol kemenangan mereka dalam perlawanan berkenaan.

Secara keseluruhan, Thailand memang mempamerkan aksi yang memberangsangkan dengan melakukan hantaran dekat dan jauh yang kemas. Mereka senantiasa melakukan asakan bertubi-tubi memburu gol ke arah pintu gol Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias yang turut boleh dipuji apabila bertindak cemerlang menyelamat banyak percubaan bahaya pemain Thailand.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Piala AFF 2012: Malaysia gagal ke final dalam aksi berat sebelah"

Leave a Reply

Advertisement