Advertisement

Latest News

Artikel fitnah: Mahkamah arah Utusan Melayu bayar kepada Karpal RM50,000

By KopiO - Jumaat, 14 Disember 2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad turut mengarahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Karpal yang diwakili peguam Ramkarpal Singh. Beliau bagaimanapun tidak memberikan ganti rugi teladan dan teruk kepada peguam veteran itu.

Dalam penghakimannya, Nik Hasmat berkata artikel yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu", adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.

Nik Hasmat berkata artikel itu merupakan satu kewartawanan cuai dan tidak wajar kerana diterbitkan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, defendan juga mengakui tidak menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 dan tidak memastikan kebenaran penulisan artikelnya daripada plaintif berhubung ucapan Karpal pada kongres berkenaan.

Mahkamah bagaimanapun mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh defendan iaitu menarik balik dan permohonan maaf di muka surat hadapan akhbar tersebut dalam masa 24 jam.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008.

Utusan Melayu diwakili peguam B. Mohana Kumar.

--Bernama.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Artikel fitnah: Mahkamah arah Utusan Melayu bayar kepada Karpal RM50,000"

Leave a Reply

Advertisement