Advertisement

Latest News

RM800,000 untuk semua atlet Terengganu yang memenangi pingat Sukma ke-14

By KopiO - Rabu, 22 Jun 2011

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan insentif berupa wang tunai hampir RM800,000 kepada semua atlet negeri yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, awal bulan ini.


Terengganu terus mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14. | foto BHarian
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata, atlet yang memenangi pingat emas akan menerima ganjaran RM5,000, manakala perak dan gangsa masing-masing RM3,000 dan RM2,000.

Katanya, insentif tersebut adalah untuk semua atlet yang memenangi pingat tanpa mengira sama ada dalam acara individu atau berpasukan.

Misalnya, sekiranya sesuatu pasukan itu meraih pingat emas, maka ganjaran RM5,000 akan diberikan kepada setiap anggota pasukan tersebut.

"Insya-Allah kita akan selesaikan bayaran secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pengurus pasukan dan jurulatih Sukan Malaysia (Sukma) XV Pahang 2012, di sini, hari ini.

Pada temasya edisi ke-14 dari 2 hingga 12 Jun lalu, kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan kali ketiga dengan mengumpul 30 pingat emas, lapan perak dan 12 butir gangsa. –Bernama

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "RM800,000 untuk semua atlet Terengganu yang memenangi pingat Sukma ke-14"

Leave a Reply

Advertisement