Pesawat hipersonik terlaju, dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo
By KopiO - Selasa, 21 Jun 2011
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan lakaran artis pesawat hipersonik yang dirancang pembinaan oleh syarikat aeroangkasa, EADS.
Ketua Pegawai Teknikal EADS, Jean Botti berkata, pesawat tersebut mirip jet supersonik Concorde yang pernah digunakan oleh syarikat Air France.
Pesawat itu kini sedang dimajukan dengan kerjasama Jepun.
Ia dianggarkan boleh membawa di antara 50 hingga 100 penumpang.
Pembinaan pesawat itu dikenali sebagai projek pengangkutan kelajuan tinggi sifar pencemaran.
Bagaimanapun, Ketua EADS, Louis Gallois berkata, ia mengambil masa di antara 30 hingga 40 tahun untuk membina pesawat tersebut. -Reuters
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Pesawat hipersonik terlaju, dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo"