Advertisement

Latest News

EPL: Manchester United terus ungguli persada liga

By Mr Cronix - Ahad, 16 Disember 2012

Manchester United mengukuhkan penguasaannya selepas mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Sunderland dalam perlawanan lewat malam tadi.

Skuad bimbingan Alex Ferguson mengekalkan kelebihan enam mata di depan apabila Robin Van Persie menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 dalam babak pertama.

Pemain tengah Manchester United, Tom Cleverley melakukan jaringan menarik tiga minit kemudian; sebelum Wayne Rooney menolak masuk masuk gol kemenangan pada babak kedua minit ke-59.

Sunderland berjaya mendapatkan gol saguhati hasil tandukan bekas pemain The Red Devils iaitu Fraizer Campbell pada minit ke-72.

Perlawanan semalam turut menyaksikan Ketua Pasukan Manchester United, Nemanja Vidic membuat kemunculan pertama pada separuh masa kedua selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut yang dialaminya.

--AFP


Keputusan lain-lain perlawanan

Newcastle United   [1]  -  [3]   Manchester City

Liverpool   [1]  -  [3]   Aston Villa

Manchester United   [3]  -  [1]   Sunderland

Norwich City   [2]  -  [1]   Wigan Athletic

Queens Park Rangers   [2]  -  [1]   Fulham

Stoke City   [1]  -  [1]   Everton

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "EPL: Manchester United terus ungguli persada liga"

Leave a Reply

Advertisement