Advertisement

Latest News

QPR lakar kemenangan pertama

By Mr Cronix - Ahad, 16 Disember 2012

Hariankini.com - Dua jaringan gol jaringan Adel Taarabt sudah cukup buat Queens Park Rangers (QPR) melakar kemenangan pertama aksi Liga Perdana Inggeris musim 2012-13 selepas menang 2-1 ke atas Fulham di Loftus Road, semalam.

Taarabt muncul wira QPR yang menunggu sehingga perlawanan ke 17 untuk melakar kemenangan pertama dalam aksi liga.

Pemain tengah dari Maghribi itu meletakkan skuad kendalian Harry Redknapp di depan pada minit ke-52 sebelum menambah satu lagi jaringan di minit ke-68 untuk menumpaskan Fulham 2-0.

Manakala gol tunggal Fulham dijaringkan oleh Mladen Petric pada minit ke-88.

QPR kini mendiami kedua tercorot liga hasil satu kemenangan, empat seri dan tiga kali kalah dengan kutipan 10 mata.

Tangga tercorot liga didiami pasukan Reading dengan 9 mata namun berkelebihan satu perlawanan berbanding QPR yang sudah bermain 17 perlawanan.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "QPR lakar kemenangan pertama"

Leave a Reply

Advertisement