Advertisement

Latest News

Nokia Malaysia dan peminat Angry Birds cipta rekod Guinness World Records

By KopiO - Jumaat, 17 Jun 2011

Secara rasminya, Nokia Malaysia dan peminat Angry Birds mencipta rekod baru dalam Guinness World Records untuk ‘Golongan paling banyak bermain dalam geganti permainan telefon bimbit’.

Pertandingan mengambil masa 10 jam bermula 11 pagi turut disertai 2,030 peserta yang bermain permainan Angry Birds dengan menggunakan telefon bimbit Nokia model N8.

Pengadil Guinness World Records, Elizabeth Smith berkata, pihaknya mengesahkan rekod dunia terbaharu ‘Golongan yang paling banyak bermain dalam geganti permainan telefon bimbit’ dimenangi syarikat Nokia di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

“Tahniah Nokia dan semua yang menyertai pencapaian pemecahan rekod ini untuk mencatatkan rekod baharu dunia, berbekalkan hasil kerjasama, perancangan organisasi dan logistik yang lancar, keazaman serta keberanian,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pemasaran Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Antony Wilson dan Naib Presiden Pembangunan Francais Rovio dan wakil Angry Birds, Ville Heijari.

Wilson berkata, pihaknya gembira Nokia Malaysia kini menjadi sebahagian dalam Guinness World Records yang berprestij bersama peserta yang menyertainya.

Menurutnya, objektif Nokia untuk menghubungkan orang ramai berinteraksi dan membekalkan pengalaman bermain game dalam model N8 yang diperkenalkan sejak Oktober 2010 melalui Nokia Ovi Store dengan turut mencipta Angry Birds Free with Magic. -SH

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Nokia Malaysia dan peminat Angry Birds cipta rekod Guinness World Records"

Leave a Reply

Advertisement