Advertisement

Latest News

Pesawat terhempas di lebuhraya, 44 orang terbunuh

By KopiO - Selasa, 21 Jun 2011

ST. PETERSBURG, Rusia: Sebuah pesawat penumpang milik Rusia terhempas di sebuah lebuhraya di barat laut negara itu pada lewat Isnin menyebabkan 44 orang terbunuh manakala lapan orang dilaporkan terselamat setakat ini.


Serpihan pesawat Tu-134 milik RusAir yang terhempas di sebuah lebuhraya di Petrozavodsk.
Pesawat Tu-134 itu adalah milik syarikat penerbangan RusAir yang sedang dalam perjalanan dari Moscow ke bandar Petrozavodsk.

Pesawat itu dilaporkan membawa 52 orang penumpang termasuk sembilan orang anak kapal.

Pesawat malang itu dikatakan terhempas dalam percubaan terakhirnya untuk mendarat di Petrozavodsk namun tersasar sejauh dua kilometer dari landasan mendarat.

Adalah masih tidak diketahui sama ada pesawat itu sememangnya cuba mendarat di sebuah lebuhraya ataupun terhempas di situ.

Berita Interfax memetik Pengarah Lapangan Terbang, Alexei Kuzmitsky sebagai berkata, keadaan cuaca yang agak buruk mungkin menjadi punca berlakunya kemalangan itu.

Agensi-agensi berita Rusia juga melaporkan mungkin terdapatnya masalah mengenai pencahayaan di landasan kapal terbang berkenaan.

Menurut agensi berita, kotak hitam pesawat tersebut telahpun dijumpai.

Menurut Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa, Rusia dan beberapa republik bekas jajahan Soviet mempunyai rekod keselamatan trafik antara yang terburuk di dunia dan ia dikatakan berpunca daripada pengawalan yang lemah oleh kerajaan, latihan juruterbang yang tidak mencukupi dan mentaliti para pemilik syarikat penerbangan untuk menjimatkan kos. -AP

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pesawat terhempas di lebuhraya, 44 orang terbunuh"

Leave a Reply

Advertisement