Samun: Mangsa dipaksa tanggal baju dan seluar
By KopiO - Selasa, 21 Jun 2011
SHAH ALAM: Seorang kontraktor terpaksa menempuh detik-detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua lelaki berparang ketika memberhentikan keretanya di tepi Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Tol Setia Alam di sini semalam.
Kontraktor dipaksa menanggal pakaian selepas disamun dua lelaki berparang di tepi Lebuh Raya NKVE, berdekatan Tol Setia Alam. | foto HIASAN
Lebih memalukan, mangsa dipaksa menanggalkan baju dan seluar sebelum ditinggalkan di tepi lebuh raya itu di Kilometer 7.1 menuju ke arah Kuala Lumpur yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dihampiri kedua-dua suspek itu. -Kosmo!
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Samun: Mangsa dipaksa tanggal baju dan seluar"