Advertisement

Latest News

Tembak pesawat komersial: Tentera Korea Selatan mohon maaf

By KopiO - Selasa, 21 Jun 2011

SEOUL: Tentera Korea Selatan, semalam, memohon maaf selepas dua askarnya melepaskan tembakan ke arah sebuah pesawat komersial yang membawa 119 penumpang dan anak kapal.


Pegawai tentera Korea Selatan memohon maaf Isnin lepas selepas menembak pesawat komersil yang sedang bersiap sedia untuk mendarat di lapangan terbang. Pegawai berkata, tentera menyangka pesawat berkenaan adalah jet Korea Utara. | foto AFP
Pesawat milik syarikat Penerbangan Asiana itu sedang bersedia untuk mendarat Jumaat lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, 70 kilometer barat Seoul, apabila dua askar itu melepaskan tembakan ke arah pesawat tersebut kerana menyangka ia adalah jet milik tentera Korea Utara.

Menurut jurucakap tentera Seoul, tembakan itu hanyalah sebagai amaran dan tiada sebarang kerosakan berlaku terhadap pesawat tersebut kerana ia berada jauh daripada sasaran tembakan.

“Mereka meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan awam berhubung insiden itu dan kami tidak merancang untuk menghukum dua anggota marin tersebut kerana mereka bertindak mengikut prosedur,” menurut jurucakap tentera.

Hubungan kedua negara berada dalam keadaan paling tegang dalam beberapa dekad selepas Pyongyang memutuskan semua hubungan dengan Seoul, bulan lalu.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Tembak pesawat komersial: Tentera Korea Selatan mohon maaf"

Leave a Reply

Advertisement