Parlimen Switzerland lulus usul pengharaman purdah
By KopiO - Khamis, 29 September 2011
GENEVA: Parlimen Switzerland semalam meluluskan usul kumpulan pelampau berhaluan kanan untuk mengharamkan pemakaian purdah atau apa saja yang menutup muka di tempat awam.
Seramai 101 anggota Parlimen menyokong usul itu dan 77 menolak.
Bagaimanapun, Dewan Negara perlu meluluskan usul terbabit sebelum ia dapat disahkan untuk dijadikan undang-undang.
Setakat ini empat negara sudahpun mengharamkan pemakaian purdah dengan yang pertama berbuat demikian ialah Itali, diikuti oleh Belgium dan kemudian Belanda. -AFP
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Parlimen Switzerland lulus usul pengharaman purdah"