Advertisement

Latest News

Seorang wanita tak mengaku kerat kemaluan suami

By KopiO - Isnin, 26 September 2011

WESTMINSTER: Seorang wanita California, Catherine Kieu tidak mengaku bersalah mengerat kemaluan suaminya dan membuangnya di dalam pengisar sampah.

Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Orange, di sini pada Jumaat lalu berhubung dakwaan melakukan penyeksaan dan menambahkan kacau-bilau.

Kieu (gambar) juga didakwa menggunakan pisau dan menyebabkan kecederaan.

Jika disabitkan dengan semua kesalahan itu, dia akan dikenakan penjara seumur hidup tanpa dikenakan parol.

Wanita itu ditahan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta).

Pihak berkuasa berkata, wanita itu membubuh dadah di dalam makanan suaminya yang berusia 60 tahun pada 11 Julai lalu.

Dia kemudian mengikat tangan dan kaki suaminya di katil.

Pihak berkuasa menyatakan Kieu mengerat kemaluan suaminya semasa dia terjaga selepas tertidur.

Suaminya itu telah memfailkan perceraian pada Mei lalu selepas 16 bulan mereka mendirikan rumah tangga. -AP

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Seorang wanita tak mengaku kerat kemaluan suami"

Leave a Reply

Advertisement