Advertisement

Latest News

Anak buah Ong Kim Swee terus cemerlang dengan jaringan besar

By KopiO - Ahad, 1 Julai 2012

Skuad bolasepak Bawah 22 (B-22) terus cemerlang apabila terus mencatat kemenangan besar ke atas lawan mereka. Mangsa seterusya, Vietnam turut dibelasah anak buah Ong Kim Swee apabila penyerang dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman sekali lagi membuktikan ketajaman apabila hatriknya membantu skuad B-22 negara menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, Yangon petang semalam.

Korea Selatan kini berkongsi 10 mata dengan Myanmar ma nakala Malaysia ketiga (9 mata).

Malaysia wajib menewas kan Myanmar pada aksi terakhir, Selasa ini untuk layak selaku dua pasukan teratas Kumpulan G. Jika seri, Myanmar mara. Namun Rozaimi, 20, yang kini mendahului senarai penjaring dengan sembilan gol memberi amaran untuk meledak hatrik ketiganya apabila berdepan Myanmar nanti.

“Saya cukup gembira dapat buat hatrik kedua (selepas empat gol bertemu Filipina),” katanya yang baru menerima tawaran berlatih dengan kelab luar.

“Rehat dua hari akan saya gunakan sebaiknya untuk memas tikan kesakitan pangkal paha ini hilang kerana saya cukup teruja untuk bertemu Myanmar dan mahu hatrik lagi.”

Gol pertama Rozaimi hadir pada minit ke-52 hasil hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor sebelum pemain berasal dari Bongawan, Kota Kinabalu itu menambah dua lagi gol pada masa kecederaan.

Sementara itu, jurulatih, Ong Kim Swee mengesahkan Rozaimi bakal mengikut jejak Nazmi Faiz Mansor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab luar negara.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Anak buah Ong Kim Swee terus cemerlang dengan jaringan besar"

Leave a Reply

Advertisement