‘Lafaz cerai’ Rashidi - Vanidah dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’ cetus kontroversi
By KopiO - Jumaat, 28 September 2012
Sebuah filem arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari telah menimbulkan kontroversi berkaitan plot ‘lafaz cerai’ antara pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani telah menasihati kedua-dua pasangan berkenaan merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz ‘cerai’ yang dibuat itu.
Harussani berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.
“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.”
Peguam Syarie tawar nasihat
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menawarkan diri sebagai penasihat kepada syarikat dan pihak berkuasa filem supaya kontroversi sekitar dakwaan 'lafaz cerai' pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran tidak berulang.
“Ia bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hukum hakam dan perjalanan proses perundangan di negara ini, terutama tentang perundangan Syariah,” kata presidennya Musa Awang.
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "‘Lafaz cerai’ Rashidi - Vanidah dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’ cetus kontroversi"