Advertisement

Latest News

Nak kaya cepat, kena kahwin lesbian ni

By Mr Cronix - Ahad, 30 September 2012

Orang kata tawaran hartawan ni tak masuk akal tapi kalu menjadi kenyataan, tak pasal-pasal jadi jutawan segera. Tak payah sibuk nak kerja, kerah tenaga kumpul wang banyak-banyak sehingga boleh mencecah nilai jutawan tapi dengan syarat, berkahwin dengan seorang lesbian.

Nampak macam mudah tapi tak tahu la mudah ke tidak.

Satu laporan berita di Hong Kong, telah membuat tawaran RM200 juta bagi sesiapa yang berjaya 'mengubah' anaknya yang lebian dengan cara mengahwininya.

Taikun hartanah Hong Kong, Cecil Chao telah membuat tawaran hampir RM200 juta (AS$65 juta) kepada sesiapa yang sanggup berkahwin dengan anak perempuannya yang lesbian.

Tawaran itu mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia.

Laporan media Hong Kong menyebut lebih 100 orang telah menawarkan diri untuk menjadi pasangan anak perempuannya, Gigi, 33, dengan membanjiri pejabat beliau sejak pengumuman itu dibuat Rabu lalu.

Malah beribu-ribu menawarkan diri menerusi surat, e-mel dan faks.

Gigi telah pun berkahwin dengan seorang wanita.

Bapanya mahu menyelamatkan anaknya atas alasan perkahwinan sejenis tidak sesuai dengan norma dan status masyarakat.

Antara mereka yang menawarkan diri termasuklah veteran perang dari Amerika Syarikat (AS), Istanbul, Amerika Selatan dan Portugal, kata Gigi.

Seorang warganegara Perancis menulis: "Saya fikir saya boleh menjadikan wanita ini gembira. Saya selembut seorang wanita."

Seorang rakyat AS pula menulis, "saya berminat dengan tawaran untuk berkahwin dengan anak perempuan anda. Saya seorang lelaki, juga seorang gay."

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Nak kaya cepat, kena kahwin lesbian ni"

Leave a Reply

Advertisement