Advertisement

Latest News

Pembela agama: Sebagai parti pemerintah, tidak memadai buat Umno sekadar berdemo

By KopiO - Jumaat, 28 September 2012

Sebagai parti pemerintah, sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Sehubungan itu, sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar.

“Sebagai sebuah parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya,” katanya.

Begitupun, Koo Ham semalam menarik balik dan memohon maaf kepada orang Islam kerana tersinggung dengan kenyataan beliau di laman twitternya yang mempersoalkan tindakan diambil umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad dan Islam.

“Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk menyatakan pendirian terutama dalam isu sensitif yang melibatkan peribadi Nabi Muhammad SAW.

“Sebagai umat Islam kita wajib menyatakan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan dan demonstrasi yang dilakukan sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW,” kata Muhammad Ismi lagi.

Bahkan, Yang Dipertua PAS Parit itu menegaskan, umat Islam bertanggungjawab membela dan mengorbankan nyawa dan harta sekiranya diperlukan untuk memastikan maruah Islam tidak diperlekehkan oleh musuh-musuh Islam.

HARIANKINI.COM -- Di mana kehebatan Umno-BN yang didakwa sebagai kerajaan hebat yang menjadi tunjang kerajaan Malaysia yang turut menganggotai negara-negara OIC jika benar mereka itu membela Rasulullah dan Islam.

Apa kudrat yang dilakukan pemimpin negara kita terhadap kepincangan itu? Apakah sekadar berdemo sahaja? Cukup ke?

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pembela agama: Sebagai parti pemerintah, tidak memadai buat Umno sekadar berdemo"

Leave a Reply

Advertisement