Advertisement

Latest News

Walaupun dituduh ekstrim tapi tetap mendapat sanjungan bukan Islam

By Mr Cronix - Khamis, 27 September 2012

Apabila seseorang pemimpin itu adil dan amanah, segenap lapisan masyarakat yang merentasi perbezaan agama dan bangsa akan menghormatinya.

Menjadi budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia apabila bersalam turut mencium tangan sebagai tanda menghormati seseorang.

Buktinya, kepimpinan yang adil, amanah, tidak korupsi dan besederhana yang ditonjolkan dalam pentadbiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menyebabkan segenap lapisan masyarakat berasa kagum dan hormat kepada Menteri Besar yang senantiasa dicaci-maki oleh kumpulan yang tidak senang dengan segenap sokongan yang diterima Mursyidul Am PAS itu.

Bukti bergambar jelas membicarakan bagaimana kaum bukan Islam begitu menghormati Menteri Besar Kelantan. Ia menjadi satu mimpi buruk dan menakutkan buat Umno-BN termasuk komponen lain Gerakan, MIC dan MCA.

Dipetik dari blog MiloSuam, pada 23 September lalu, Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu.

Sekeping gambar menarik sempat dirakamkan menyaksikan orang bukan Islam, berbangsa cina menunjukkan rasa hormat beliau kepada Mursidul Am Parti Islam, PAS itu.

Jelas di sini Tuan Guru Nik Aziz turut dihormati oleh orang bukan Islam meskipun beliau selama ini lantang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam, PAS.

Menjadi suatu yang perkembangan yang sihat apabila masyarakat bukan Islam pun reti menghormati Tok Guru lebih dari pemimpin-pemimpin UMNO yang mengaku Islam namun bukan sahaja mencaci bahkan ada yang sanggup melakukan perkara di luar batasan manusia yang bertamadun.

Apabila pemimpin itu adil, amanah, tidak terlibat dengan rasuah dan hidup bersederhana, sudah tentu segenap lapisan masyarakat tidak kira Islam atau bukan ISlam akan mengagumi dan menghormati pemimpin itu.

MB Kelantan telah membuktikan, pemimpin yang bersih akan dihormati masyarakat maka tidak hairanlah kaum lain turut menghormati pemimpin hebat ini. --HARIANKINI.COM

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Walaupun dituduh ekstrim tapi tetap mendapat sanjungan bukan Islam"

Leave a Reply

Advertisement