Advertisement

Latest News

Potong subsidi gula untuk tampung dana pilihanraya Umno-BN?

By KopiO - Rabu, 3 Oktober 2012

Pelbagai andaian dibuat pelbagai pihak terhadap penarikan subsidi harga gula sebanyak 20 sen sekilogram oleh kerajaan dalam perbentangan bajet 2013 pada Jumaat lepas.

Alasan Perdana Menteri yang Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat mengumumkan, keputusan itu dibuat kerana mendakwa ia mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat yang menghidap diabetis ketika ini. Logik atau tidak, fikirlah sendiri.

Tapi yang pasti, sekarang musim Pilihanraya Umum (PRU) 13 dah dekat. Tambah-tambah lagi jika PRU kali ini didakwa antara yang paling sengit, maka sudah tentu pemerintah memerlukan dana yang besar untuk berdepan Pakatan Rakyat.

Sehingga kini, bermacam-macam pelaburan wang kepada rakyat telah dibuat oleh Umno-BN dengan pelbagai nama bantuan 1Malaysia, walhal ianya merupakan ‘suapan’ musim pilihanraya. Rakyat bukan bodoh untuk menilainya jika empat atau lima tahun sekali baru diagihkan beberapa ratus untuk dikecapi rakyat.

Kerajaan mengeluarkan belanja yang besar untuk ‘suapan’ ketika kewangan negara begitu tenat. Jadi di mana sumber perlu diambil. Maka penelitian penulis Hariankini.com, sudah tentu Umno-BN akan menoleh kepada subsidi yang diberikan kepada rakyat untuk dikurangkan agar hasil pengurangan itu dapat dikumpul untuk menampung dana ‘suapan’ pilihanraya.

Apa yang menyedihkan, rakyat terpaksa menerima bebannya. Sebilangan rakyat berjaya dibutakan dengan BR1M, TR1M dan sebagainya yang ada 1M. Padahal empat hingga lima tahun dapat RM200 hingga RM300 sahaja. Cukup ke nak tampung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen setiap kali hendak membelinya?

Kesan penarikan subsidi itu bukan sahaja akan menambah beban rakyat terhadap harga gula bahkan menyebabkan harga barangan keperluan lain akan meningkat kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula. Bila harga keperluan asas meningkat, bermakna kos seharian rakyat juga akan meningkat. –HARIANKINI.COM

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Potong subsidi gula untuk tampung dana pilihanraya Umno-BN?"

Leave a Reply

Advertisement