Advertisement

Latest News

Ribuan rakyat Johor bangkit bersama Himpunan Hijau Lestari Pengerang

By KopiO - Selasa, 2 Oktober 2012

Menjadi hari ini dalam sejarah apabila negeri yang dianggap kubu kuat buat parti pemerintah Umno-BN apabila beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang pada Ahad kerana tidak mahu kawasan penempatan mereka habis tergadai dek Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) yang diumumkan kerajaan.

Secara jelas, rakyat Johor sudah mula bangkit daripada ditindas selama ini bagi membuktikan mereka tidak lagi begitu mudah diperbodohkan oleh parti yang sudah bertakhta berkurun lamanya di negeri itu.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Rapid ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Ribuan rakyat Johor bangkit bersama Himpunan Hijau Lestari Pengerang"

Leave a Reply

Advertisement