Advertisement

Latest News

Syed Saddiq dibebaskan: Mahkamah Rayuan putuskan tidak bersalah

By KopiO - Rabu, 25 Jun 2025


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara menerima rayuannya, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada November 2023.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menyatakan bahawa pertuduhan terhadap Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Menurutnya, tindakan mengarahkan pengeluaran wang tidak boleh disamakan dengan perbuatan jenayah.

"Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. 

"Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah)," katanya.

Mahkamah juga berpendapat Mahkamah Tinggi tersalah arah dalam keputusan sebelum ini, menjadikan sabitan tersebut tidak selamat.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Syed Saddiq dibebaskan: Mahkamah Rayuan putuskan tidak bersalah"

Leave a Reply

Advertisement