June 24, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Skuad Harimau Malaya dijangka menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, sebagai persiapan menghadapi Pial...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

Peluang cerah bagi Kelantan rangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama

By KopiO - Jumaat, 17 Jun 2011

TIGA mata yang diraih oleh The Red Warriors ketika menumbangkan Perak 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin mencerahkan peluang Kelantan mengintai kejuaraan Liga Super buat kali pertama.


PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV pada 14 Jun 2011.
Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu mengakui kemenangan tersebut cukup penting buat pasukannya untuk terus memacu kedudukan selaku peneraju liga ketika dua pencabar terdekat iaitu Selangor dan Terengganu terus memberikan tekanan.

Beliau berkata, kemenangan malam kelmarin cukup sukar untuk diraih ketika moral pemainnya masih lagi dalam proses pemulihan selepas dikecewakan seteru utama Pantai Timur, Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu.

"Peluang untuk menjuarai liga semakin hampir. Jadi ia perlu digunakan sebaik mungkin. Saya tidak mahu memikirkan nasib pasukan lain (Selangor dan Terengganu) yang sedang mengekori rapat daripada belakang.

"Apa yang penting, kita perlu berfikiran positif dan yakin Kelantan mampu menjadi juara liga buat kali pertama musim ini. Bukan senang bagi Terengganu berhadapan Felda United dan tidak mudah juga bagi Selangor menentang Perak di Ipoh," katanya.

Tambahnya, untuk perlawanan terakhir bertemu Sabah nanti, beliau yakin The Red Warriors mampu mengutip mata di Kota Kinabalu meskipun bakal berdepan laluan sukar.

Dalam perkembangan lain, pengendali berpengalaman itu memberitahu, pemainnya telah diberikan cuti rehat selama seminggu selepas mengharungi jadual perlawanan yang begitu padat sejak dua bulan lalu.

"Saya mahu pemain menikmati cuti mereka sepuas-puasnya tanpa memikirkan tentang bola sepak. Saya tiada keraguan tentang komitmen pemain kerana mereka telah berikan yang terbaik sejak dua bulan lalu," ujarnya.

Mengulas mengenai enam tonggaknya yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan, Karathu mengharapkan barisan pemainnya dapat memberikan aksi terbaik sepanjang berada di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

"Saya harap mereka tidak mengalami kecederaan, kerana sudah pasti kita akan menggunakan khidmat mereka selepas ini. Norshahrul Idlan Talaha mungkin terpaksa direhatkan selama dua minggu kerana mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan semalam (kelmarin).

"Sebaik sahaja mereka melaporkan diri, kita akan kembali memperkemaskan pasukan termasuk mengekalkan tahap kecergasan. Kita masih ada masa dua minggu merangka persiapan pasukan bagi penentuan juara liga musim ini," katanya. -Kosmo!

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Peluang cerah bagi Kelantan rangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement