June 20, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Harimau Malaya kini betul-betul berbisa!Dalam aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, Malaysia menewaskan Viet...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

Khairul Fahmi halang Jepun kenduri gol

By KopiO - Khamis, 22 September 2011

KECEKAPAN penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengawal gawang Malaysia pada pertemuan menentang Jepun semalam, berjaya menghalang skuad Samurai Biru itu menamatkan perlawanan dengan jumlah gol yang lebih besar.

Sepanjang 90 minit permainan, Khairul Fahmi diuji menerusi pelbagai sudut namun penjaga gol utama Kelantan itu berjaya menepis percubaan anak buah Sekizuka Takashi dengan cemerlang.

Benteng pertahanan yang dikemudi gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shas juga berjaya menyerap asakan bertali arus Jepun walaupun pada satu ketika pertahanan dilihat kucar-kacir dan tidak dapat menyaingi kepantasan tempo permainan skuad Matahari Terbit itu.

Pada minit kelapan akhirnya Khairul Fahmi tewas menerusi tolakan mudah Keigo Higashi selepas gerakan yang dimulakan dari kawasan tengah padang berjaya mengelirukan pertahanan negara sehingga membolehkan Higashi yang tidak dikawal menerima bola dan meletakkan Jepun di hadapan.

Selepas gol pertama itu, pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertubi-tubi namun dihampakan dengan kecemerlangan Khairul Fahmi yang menidakkan peluang Samurai Biru menambah Jaringan.

Namun, kekebalan Khairul Fahmi tidak bertahan lama apabila Jepun menambah gol kedua 15 minit sebelum permainan ditamatkan menerusi jaringan Ryohei Yamazaki.

Sumber: Sinar Harian

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Khairul Fahmi halang Jepun kenduri gol"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement