Datuk Lee Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat suku akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Simon Santoso dari Indonesia 21-12, 21-8 pada aksi kalah mati di Arena Wembley.Meskipun baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada Mei lalu, Chong Wei tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kesakitan sepanjang 36 minit perlawanan berlangsung. Pada peringkat suku akhir, Chong Wei akan berdepan pemain India, Kashyap Parupalli yang menundukkan Niluka Karunatne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 21-9.
Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan turut mara ke peringkat suku akhir apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia 21-9, 21-12. Lin Dan yang meraih pingat emas pada Olimpik 2008 di Beijing, China kini diiletakkan sebagai pemain pilihan kedua di Sukan Olimpik London 2012.
ammboi.com