May 28, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal mal...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Oleh Khairul Fahmi Mat Som Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi M [...]

Published by Admin
01 Apr 2013 0 comments

Ribuan khazanah minyak wangi terbaik dunia

By Mr Cronix - Ahad, 30 September 2012

“DI sinilah tersimpannya warisan kebanggaan kami, tempat koleksi haruman chypre dari tahun 1917,” ujar Yves Tanguy, pemegang kunci bilik bawah tanah itu sambil mencelup kertas keras ke dalam bebuli minyak wangi yang merupakan satu antara ribuan khazanah unik di muzium minyak wangi di Paris, Perancis itu.

Haruman zaman dahulu ciptaan Francois Coty yang masyhur pada eranya bersama wangian abad ke-14, Water of the Queen of Hungary dan air dakelom (water cologne) yang digunakan Napoleon Bonaparte ketika berada dalam buangan di Saint Helena pada tahun 1815 juga boleh ditemui di Muzium Osmotheque.

Gabungan perkataan Yunani, osme yang bermaksud wangian dan theke bererti dada membentuk Osmotheque yang ditubuhkan oleh Jean Kerleo dan dipengerusikan oleh Patricia de Nicolai. Kerleo merupakan bekas pencipta minyak wangi di Patou, manakala Nicolai ialah waris kepada rumah minyak wangi terkemuka Guerlain.

Hanya individu terpilih mempunyai akses untuk masuk ke bilik persendirian yang memuatkan kira-kira 2,500 minyak wangi paling jarang ditemui.

Setiap minyak wangi di muzium itu dikelaskan mengikut nombor dan jenis. Botol-botol haruman pula disimpan di sebalik pintu bertetulang di dalam bilik bawah tanah berkeluasan beberapa meter persegi. Cahaya buatan dan suhu stabil 13 darjah celsius mengekalkan kualiti minyak wangi tersebut.

“Kesemua haruman ini adalah permata kami. Hampir 400 haruman yang kami lindungi merupakan wangian daripada masa lampau atau yang tidak lagi ada dalam pasaran.

“Kami mencipta semula 175 minyak wangian menggunakan formula asli. Wangian yang dikembalikan termasuk haruman Barat berasaskan alkohol pertama di dunia menggunakan rosemary iaitu Water of the Queen of Hungary. Ia pertama kali dihasilkan pada tahun 1370 menggunakan teknik penyulingan yang dipelajari daripada orang Arab,” jelas Tanguy.

Pada waktu dahulu, minyak wangi dicipta untuk memabukkan si pemakai. Terdapat kisah mengatakan ia memiliki kuasa penawar bagi mengembalikan keremajaan seorang permaisuri sehingga membolehkan beliau dilamar dan berkahwin dengan Raja Poland pada usia 75 tahun.

Napoleon Bonaparte pula dipercayai memerlukan 120 liter minyak wangi setiap bulan. Beliau menggosok haruman pada tubuhnya dan menyimpan botol wangian itu di dalam butnya.

Selepas dibuang negeri ke pulau Atlantik di Saint Helena pada penghujung riwayatnya, Bonaparte memohon preskripsi untuk membuat dakelom menggunakan herba-herba di pulau tersebut. Kesemua ciptaan Bonaparte kini juga dihasilkan semula dan disimpan di Osmotheque.

Minyak wangi di muzium itu bukan untuk dijual dan kesemua 200 bekas sentiasa berisi sampel-sampel yang dibawa Kerleo dan Tanguy dari serata dunia. Ia merupakan hasil pemberian rumah-rumah minyak wangi mewah dan pencipta haruman itu sendiri.

Pada waktu tertentu, Osmotheque dibuka kepada orang awam bagi mengikuti ceramah dan penerangan tentang minyak wangi pada era tertentu yang ditetapkan berdasarkan tema.

Bagi menguruskan muzium tersebut, Kerleo telah mengumpulkan pangkalan data olfaktori bersama-sama sekumpulan pakar minyak wangi. Kumpulan tersebut ditugaskan untuk mengenal pasti formula haruman purba dan ramuan wangian yang jarang ditemui atau kini diharamkan penggunaannya.

Sebagai contoh, bendalir seperti musk yang dihasilkan daripada kelenjar perineum musang Afrika. Esen mamalia seperti kucing yang mula digunakan dalam dunia minyak wangi lebih 2,000 tahun dahulu itu kini tidak lagi dibenarkan.

Bijian musk Tibet yang diambil daripada kelenjar kijang jantan kasturi (musk deer) juga kini diharamkan selepas diumumkan di persidangan perdagangan antarabangsa dalam kategori spesies terancam.Menurut Kerleo, tanpa bijian itu tiada minyak wangi hebat Chanel dapat dihasilkan.

Kedua-dua pati bersejarah tersebut disimpan dengan selamat di bilik bawah tanah Osmotheque. Bahagian atas muzium pula menempatkan barisan botol-botol wangian berserta ramuan-ramuan menyerupai bentuk organ (alat muzik).

“Ini merupakan papan kekunci pakar minyak wangi,” ujar Kerleo sambil menunjukkan botol-botol yang disimpan sebaris dengan rak berlubang kecil berisi lumut oak, halia, kemenyan harum atau herba pokok nilam. – AFP

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Ribuan khazanah minyak wangi terbaik dunia"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement