June 02, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal mal...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Oleh Khairul Fahmi Mat Som Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi M [...]

Published by Admin
01 Apr 2013 0 comments

Pakatan Rakyat tangguh pelaksanaan AES

By KopiO - Isnin, 5 November 2012

Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan ini bagi memberi laluan untuk kajian dijalankan dan mendapat respon awam.

"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," kata beliau dalam sidang media di Parlimen.

Guan Eng seterusnya menambah keputusan mengkaji semula sistem berkenaan adalah untuk memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," tambah beliau lagi.

AES merupakan projek kerajaan persekutuan melibatkan pemasangan 831 kamera berkuasa tinggi bagi memantau perjalanan trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan persekutuan utama seluruh negara.

Kamera tersebut turut akan merakam kenderaan yang melanggar isyarat lalu lintas.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut.

"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.

"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pakatan Rakyat tangguh pelaksanaan AES"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement