June 24, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Skuad Harimau Malaya dijangka menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, sebagai persiapan menghadapi Pial...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

Tolak royalti 20%, PAS Sabah bidas Shafie Apdal

By KopiO - Isnin, 5 November 2012

Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.

Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.

"Justeru, untuk mengagihkannya (hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.

Katanya, Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.

"Kenapa hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu? Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.

Sambil menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak sedar apa yang mereka ucapkan.

Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Tolak royalti 20%, PAS Sabah bidas Shafie Apdal"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement