June 06, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal mal...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Oleh Khairul Fahmi Mat Som Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi M [...]

Published by Admin
01 Apr 2013 0 comments

Akta perbankan Islam dan Takaful berkuatkuasa tahun depan

By Mr Cronix - Ahad, 9 Disember 2012

Akta perbankan Islam dan Takaful baharu yang sedang melalui proses perundangan ke arah menjadikannya satu enakmen, akan berkuat kuasa tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Ia telah pun dibentangkan bagi bacaan pertama dan kedua di Parlimen, katanya, sambil menambah bahawa ia akan diberi nama Akta Perkhidmatan Kewangan Islam dan Akta Kewangan Islam dan Takaful.

"Buat masa ini industri ini tertakluk kepada Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam yang akan beroperasi ... kita jangkakan tahun depan," katanya kepada pemberita pada waktu sisi hari terakhir Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kelapan, di Johor Bahru pada Khamis.

Sebelum itu, dalam ucaptamanya, Zeti berkata rangka kerja undang-undang baharu itu bukan sahaja akan memperkemas keperluan perundangan dalam semua sektor malah juga akan memastikan undang-undang itu mencerminkan sifat dan ciri kontrak syariah.

Ia juga akan memastikan bahawa tahap kawal selia setimpal dengan tahap risiko yang timbul daripada institusi kewangan, pasaran dan produk Islam terhadap keseluruhan sistem kewangan, kata Zeti.

"Kefahaman yang lebih jelas tentang syarat dari sudut undang-undang dan berhemah, disokong pula oleh prinsip Islam akan membolehkan peserta sistem kewangan Islam menyelaraskan amalan dan harapan mereka sewajarnya apabila menjalankan perniagaan dan transaksi kewangan," katanya.

Zeti berkata meskipun pengamal dan sarjana kewangan Islam membuat kesimpulan daripada sumber fiqah muamalat untuk mewujudkan instrumen baharu dan inovatif, namun rangka kerja undang-undang perlu diperkukuhkan lagi untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan baharu dalam pasaran.

Ini untuk memastikan ia terus menjadikan produk inovatif dan transaksi kewangan terjamin dan boleh diramalkan, katanya.

Selain itu, apabila kegiatan kewangan Islam merentas sempadan negara, pembangunan rangka kerja undang-undang yang mempermudah transaksi rentas sempadan amat penting, tegas beliau.

--Bernama.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Akta perbankan Islam dan Takaful berkuatkuasa tahun depan"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement