May 28, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal mal...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Oleh Khairul Fahmi Mat Som Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi M [...]

Published by Admin
01 Apr 2013 0 comments

JKR cadang empat pilihan bumbung baru Stadium Sultan Mizan

By KopiO - Jumaat, 29 Mac 2013

Keadaan Stadium Sultan Mizan selepas runtuh kali pertama pada Jun 2009.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu akan mencadangkan empat jenis bumbung baru untuk dipasang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pengarahnya Shafii Mohamad berkata, jenis bumbung tersebut termasuk yang kedap air seperti yang digunakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Kita tunggu keputusan kerajaan negeri dan apabila diluluskan kelak, kerja-kerja pembinaan bumbung baru itu dijangka mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, ketika ini kerja-kerja meruntuhkan kerangka bumbung stadium yang lama telah berjalan 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

"Berdasarkan kajian Unit Forensik JKR, bangunan konkrit stadium adalah masih selamat, tiada apa-apa masalah cuma bahagian bumbung sahaja yang tidak selamat," katanya.

Pada 20 Februari lalu, lima pekerja binaan dilapor cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung stadium yang dalam proses untuk dibuang, runtuh dan serpihannya menimpa para pekerja terbabit.

Bumbung utama stadium berkenaan pada mulanya runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Shafii berkata, setelah dihentikan selama dua minggu untuk proses siasatan selepas kejadian Februari lalu, kerja membuang kerangka bumbung yang lama disambung semula minggu lepas.

"Kontraktor lama masih dikekalkan untuk menyambung kerja yang tertangguh akibat insiden itu dan tiada sebarang penambahan kos setakat ini," tambahnya.

--Bernama

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "JKR cadang empat pilihan bumbung baru Stadium Sultan Mizan"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement