June 21, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Harimau Malaya kini betul-betul berbisa!Dalam aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, Malaysia menewaskan Viet...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

My-MS bersama Jakim bina aplikasi guna telefon pintar kesan premis halal

By KopiO - Khamis, 28 Mac 2013

Umat Islam kini boleh mengesan premis yang memiliki sijil halal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi 'Halal Square'dan 'Halal Inside'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sistem itu memaparkan carian status halal syarikat, produk, premis makanan dan menu yang tersenarai dalam direktori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta lengkap dengan tarikh luput sijil halal.

"Ia mampu memberikan maklumat dimana nak cari restoran dan juga premis makanan yang bukan sekadar halal tetapi ada sijil halal dari Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di ibu negara pada Selasa.

Pengguna telefon pintar berasaskan Android, ios dan Windows Phone 8 boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma bermula pada Selasa lepas.

Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama strategik antara Jakim dan syarikat reka bentuk litar elektronik, Malaysia Microelectronic Solutions Sdn Bhd (My-MS).

Jamil Khir berkata, pelaksanaan aplikasi itu dilihat dapat merancakkan industri halal dalam negara.

"Siapa yang dapat sijil halal ia semacam diiklankan pula dalam telefon bimbit yang ada aplikasi Halal Square dan Halal Inside dan ini merupakan satu peluang tambahan kepada peniaga," katanya, sambil berharap My-Ms dapat memperluaskan penggunaan aplikasi itu meliputi produk farmaseutikal dan barangan kecantikan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif My-MS Sdn Bhd, Syafiq Akmal Ismail berkata, aplikasi Halal Square adalah berasaskan teknologi 'near field communication' dan 'geo location' yang berupaya menunjukkan arah dan jarak perjalanan ke premis makanan halal terbabit.

"Manakala Halal Inside pula membolehkan pengguna mengemas kini status dan berinteraksi sesama rakan mengenai premis halal terbabit secara 'real time'," katanya.

Amirul Syafiq menambah pengguna aplikasi terbabit boleh menggunakannya di seluruh dunia bagi mencari premis makanan halal yang disahkan oleh badan atau agensi Islam yang mempunyai hubungan dengan Jakim.

--Bernama.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "My-MS bersama Jakim bina aplikasi guna telefon pintar kesan premis halal"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement