June 23, 2025
 
Advertisement

Latest News

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Skuad Harimau Malaya dijangka menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, sebagai persiapan menghadapi Pial...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

Politik lucah Umno semakin menjadi-jadi menjelang PRU-13

By KopiO - Ahad, 31 Mac 2013

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjelang PRU-13
Hariankini.com – Malaysia amat memalukan!. Itu perkataan sesuai diungkapkan dalam situasi terkini menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13. Negara yang didakwa sebuah negara Islam, mengamalkan ‘Islam Wasatiyyah’, namun realitinya tidak seperti yang digambarkan.

Cerita seks, video lucah sudah menjadi amalan bangsa Melayu untuk menjatuhkan kerektor musuh politik sendiri walaupun dalam masa yang bersikap hipokrit konon mahukan masyarakat Melayu Islam bersatu. Seks dan lucah sudah menjadi senjata ampuh pihak pemerintah untuk mempertahakan kuasanya yang semakin terhakis.

55 tahun merdeka, kesopanan bangsa yang dianggap mulia di Malaysia iaitu Melayu semakin terhakis. Sifat malu sudah tidak lagi menjadi identiti masyarakat Melayu. Walaupun setiap negeri di Malaysia mempunyai mufti yang hebat-hebat, majlis agama yang aktif menyekat penceramah agama dengan alasan tiada tauliah, mempunyai NGOs yang perjuangkan kesucian agama dan bangsa, cendekiawan yang bertaraf professor, ada ulamak muda yang berpendidikan tinggi, tetapi dalam isu penyebaran kelucahan di khalayak tidak dipedulikan bahkan membisu seribu bahasa.

Buat Umno yang merasakan diri mereka hebat dan menyangka mereka tidak dapat ditandingi oleh orang lain konon rakyat akan sentiasa memilih Umno sebagai kerajaan, tetapi kenapa harus menggunakan taktik yang paling kotor dan hina untuk menjatuhkan musuh politik. Bukankah Umno sudah kuat? Kenapa harus ada video lucah sebagai senjata?

Politik kelucahan bermula semenjak Anwar Ibrahim dituduh liwat pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kini zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, liwat siri kedua bermula bahkan ditambah nilai dengan politik kelucahan yang dimodenkan dengan diadakan video seks konon dilakukan oleh Anwar. Kini PRU-13 semakin hampir, blogger-blogger pro-Umno mula menyusun strategi, bukan sahaja Anwar dilanyak, kini mula menyerang anak perempuan Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah pula dengan video seks bagi merosakkan imej bersihnya.

Sebelum ini, setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pernah memberitahu, beliau dan beberapa pemimpin lain telah dijemput pihak yang mempunyai perkaitan dengan Umno-BN untuk melihat beberapa keping gambar video seks yang dikatakan melibatkan Izzah.

Menurut Saifuddin, selain video berkaitan Izzah, pihak berkenaan juga memberi amaran beberapa video lain sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya akan menyebabkan kerosakan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka, tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” jelas Saifuddin seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Saifuddin tidak menyatakan sebab mengapa ejen itu membenarkan beliau menonton video tersebut, yang dimainkan dalam kereta, tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa bagi memusnahkan kerjaya politik mereka yang terlibat menjelang pilihan raya umum.

Sambil Saifuddin menegaskan video berkenaan adalah palsu, ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.

Sementara itu, Anwar seperti dipetik dari Sinar Harian menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan Allah susulan perkembangan terbaru itu.

“Toksahlah (tidak perlulah)... saya nak nasihat (kepada) Umno, ni waktu maghrib, pi lah (pergilah) ambik wuduk dan tau apa itu fitnah. Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung Umno ini kerjanya itu (sebar video seks) sahaja.

“Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR,” kata Anwar.

Oh Malaysia, di mana pejuang bangsa yang mahu Islam dijulang, mana pejuang kaliah Allah? Mana pejuang isu murtad? Kenapa diam seribu bahasa? Apakah anda setuju dengan kelucahan yang semakin membarah dalam masyarakat kita hari ini?

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Politik lucah Umno semakin menjadi-jadi menjelang PRU-13"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement