Najib selesai mengadap Agong, parlimen bubar hari ini?
By KopiO - Rabu, 3 April 2013
![]() |
Najib beredar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 9.10 pagi tadi. |
Hariankini.com -- Berita ini hanya berlaku di Malaysia apabila rakyat tertunggu-tunggu tarikh pilihanraya diadakan, apatah lagi parlimen dibubarkan. Ramai rakyat yang mempunyai urusan penting terpaksa ditunda sehingga tarikh pilihanraya yang hanya menjadi milik Perdana Menteri 1Malaysia diumumkan.
Sejak beberapa minggu lalu, ramai pemerhati politik membuat andaian dan ramalan berkaitan tarikh Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 namun semuanya tersasar. Kerana menjangka PRU kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah, rakyat mula tidak sabar menunggu untuk melakukan pilihan mereka yang tepat agar tidak lagi melakukan kesilapan lalu memberi amanah kepada pemimpin yang hanya membolot kekayaan sesama mereka. Rakyat hanya dapat merasa RM500 sekali semenjak 55 tahun.

9.10 pagi tadi, dilaporkan Najib bergerak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.
--Hariankini.com
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Najib selesai mengadap Agong, parlimen bubar hari ini?"