July 03, 2025
 
Advertisement

NASIONAL

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklu...

Published by Admin

POLITIK

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Da...

Published by Admin

SUKAN

Skuad Harimau Malaya dijangka menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, sebagai persiapan menghadapi Pial...

Published by Admin

WILAYAH

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak m...

Published by Admin

EKONOMI

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya...

Published by Admin

DUNIA

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan...

Published by Admin

HIBURAN

Ally (kanan) bersama isterinya Farah WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cint [...]

Published by Admin
08 Dec 2012 0 comments

Lagu Jaclyn Victor kali ini menjadi bualan ramai bukan kerana muziknya, tetapi [...]

Published by Admin
22 Oct 2012 0 comments

PSY (kiri) dan Kim Jang Hoon Kerana tekanan berlebihan, Kim Jang Hoon yang me [...]

Published by Admin
13 Oct 2012 0 comments

PANDANGAN

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet. Hariankini.com [...]

Published by Admin
05 Apr 2013 0 comments

POLITIK SEKS UMNO...Nurul Izzah menjadi mangsa minda tidak waras Umno menjela [...]

Published by Admin
31 Mar 2013 0 comments

Pemberian BR1M menjadi bukti rakyat Malaysia masih ramai yang miskin

By KopiO - Isnin, 1 April 2013

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kadar pendapatan perkapita di bawah RM1,500 sebulan di negara ini masih jauh ketinggalan walaupun kerajaan baru-baru ini mengatakan kehidupan rakyat semakin baik di bawah program transformasi.

Nurul Izzah berkata, hakikatnya pendapatan di bawah angka tersebut dapat dilihat daripada jumlah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun ini mencecah 40 peratus jumlah penduduk negara.

"Kita ingin pastikan 40 peratus rakyat yang gajinya RM1,500 ke bawah dan telah terima BR1M dibantu kerana ramai miskin lagi.

"... sebab itu kita ingin laksanakan gaji minimum RM1,100 jika kita diberi peluang ambil alih Putrajaya nanti," katanya pada Ceramah Perdana Manifesto Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman baru-baru ini.

Dalam pada itu, kegagalan kerajaan mengutip kembali pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara sebab Pakatan Rakyat mahu melaksanakan pendidikan percuma.

"Kita hadapi RM30 bilion PTPTN, kerajaan hanya mampu kutip RM2 bilion saja.

"... sebab apa? Kertas perjanjian bila kena hujan koyak, jadi sukar nak cari balik mereka yang meminjam, inilah kelemahan sistem ini sejak 1997 diperkenalkan," dakwanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah sesekali menghina dan memperlekeh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah mempromosikan keganasan dalam menuntut keadilan walaupun sering kali disalah anggap oleh rakyat kerana manipulasi Umno-Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR).

"Pernahkan kita guna kekerasan dengan kekerasan terhadap anggota keselamatan dalam banyak perhimpunan seperti Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKP)?

"... kami menghormati dan memahami pihak polis hanya menjalankan tugasnya, namun kami hanya kecam arahan yang diberikan kepada mereka yang tidak bermoral itu," katanya.

Tegas beliau, pihaknya tidak bermusuh dengan pihak polis, malah telah berunding dengan baik dan berhimpun dengan tertib pada HKR pada 12 Januari lalu.

--sinarharian.com.my

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pemberian BR1M menjadi bukti rakyat Malaysia masih ramai yang miskin"

Leave a Reply

Pages 22123456 »
Advertisement