Bayi berusia sebulan maut tersedak susu
By Mr Cronix - Rabu, 21 September 2011
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia sebulan maut tersedak susu di rumah ibu bapanya di PPR Lembah Beringin, di sini, pagi semalam.
Kejadian itu hanya disedari ibu mangsa, Sandra Devi Ramasamy, berusia lewat 30-an, kira-kira jam 5.30 pagi selepas dikejutkan nenek mangsa sebaik menyedari mangsa yang diberi nama Thayenisha tidak bergerak manakala wajahnya pucat.
Menurut sumber, selepas itu, nenek mangsa mengangkat cucunya itu dan cuba menggerakkannya tetapi mangsa tidak memberikan sebarang reaksi.
“Panik dengan keadaan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan, namun doktor mengesahkan Thayenisha sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Katanya, selepas dibedah siasat, doktor mengesahkan paru-paru mangsa dipenuhi susu. Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan India di kawasan Cheras untuk dikebumikan, kira-kira jam 5 petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Bayi berusia sebulan maut tersedak susu"