Advertisement

Latest News

P1 tawar nilai terbaik dengan One 69

By Mr Cronix - Rabu, 21 September 2011

PACKET One Network (Malaysia) Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 4G WiMAX pertama di Malaysia terus menunaikan janjinya untuk memberi nilai yang terbaik dengan menawarkan pelan One 69.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai berkata, P1 satu-satunya penyedia perkhidmatan jalur lebar yang menawarkan jaminan pulangan wang dan pelan One 69 adalah tambahan kepada tiga pelan One sedia ada.

“Kami begitu yakin pelan One 69 kami yang terbaru memberikan nilai yang terbaik di pasaran pada hari pelancarannya iaitu 15 September dengan jaminan pulangan wang kembali kepada pelanggan kami sekiranya mereka dapat mencari pelan jalur lebar yang lebih baik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya, P1 melancarkan pelan One pada Julai lalu dan kali ini pihaknya menawarkan pelan tambahan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mampu memiliki jalur lebar 4G di rumah dan di luar yang berkualiti.

Katanya, pelan One adalah satu dalam seribu yang memberikan nilai tiga dalam satu. Pelan terbabit merangkumi dua modem iaitu modem P1 4G di rumah yang berkuasa tinggi dilengkapi WiFi dan servis Voice berserta satu lagi modem P1 4G.

Pelanggan pelan One 69 hanya perlu membayar harga promosi pengenalan RM49 bagi tiga bulan pertama. Pelan One 69 menawarkan kelajuan sehingga 1 megabit persaat (Mbps) untuk kedua-dua modem dan perkongsian kuota penggunaan sebanyak 3GB.

Pelan itu juga disertakan dengan 100 minit bualan percuma setiap bulan bagi tiga bulan pertama untuk panggilan ke nombor talian tetap dan mudah alih tempatan serta panggilan IDD ke 10 destinasi popular termasuk Singapura, China dan Hong Kong.

Sumber: My Metro

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "P1 tawar nilai terbaik dengan One 69"

Leave a Reply

Advertisement