Advertisement

Latest News

Harimau Malaya: 26 pemain dipilih hadapi Australia

By KopiO - Selasa, 20 September 2011

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain yang akan membawa cabaran skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Australia pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini.

WIRA...Safee turut dipilih Rajagopal
Berdasarkan siaran media dikeluarkan FAM semalam, kesemua pemain terpilih itu dikehendaki melaporkan diri pada Rabu depan kepada Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal.

Kenyataan itu menyebut, FAM akan mengadakan latihan dan pemilihan pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula dari 28 September hingga 4 Oktober 2011.

Bagi rekod, kali terakhir mereka bertemu pada 1992 yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Socceroos 1-0, di Jakarta, Indonesia.

Malaysia kini berkedudukan ranking 146 dunia berbanding Australia yang menghuni tangga ke-22.

Senarai Pemain

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar,Khyril Muhymeen Zamri (Kedah), Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S Kunalan (Negeri Sembilan),Joseph Kalang Tie (Terengganu), Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail (Kelantan), Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali, Yong Kuang Yong (Kuala Lumpur), Shahrizal Saad (Johor FC), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Faizal Muhamad (Terengganu), K Gurusamy, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A) Rubent T Kathiripillai (UKM), Safee Sali (Pelita Jaya FC, Indonesia)

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Harimau Malaya: 26 pemain dipilih hadapi Australia"

Leave a Reply

Advertisement