Advertisement

Latest News

Kerajaan PR Kedah beli kereta, kerajaan BN Melaka beli plat kereta

By KopiO - Selasa, 20 September 2011

Oleh: Mutaligat

Riuh rendah pasal kerajaan negeri Kedah membeli sebuah kereta Mercedez yang baru sedangkan sejak memerintah Kedah lebih dari 3 tahun inilah pertama kali kerajaan negeri Kedah membeli kereta Mercedez itupun sebuah sahaja sedangkan negeri BN membeli berpuluh-puluh buah tidak pula mereka bising.

Menteri Besar Kedah sendiri menyatakan kereta itu bukan kegunaan beliau sahaja tetapi untuk kegunaan tetamu kenamaan negeri. Menurutnya beliau lebih selesa menggunakan kereta rasmi yang dibeli oleh kerajaan negeri terdahulu.

Baru-baru ini kerajaan negeri Melaka mahu membida nombor plat kereta MCC1 - MCC15 dengan harga RM317,000. Tetapi tiada pula yang bising dan membantah kecuali PAS. Inilah sikap double standard mereka yang memang suka membazir.

Baru-baru kerajaan negeri Kedah dilaporkan membeli sebuah kereta Mercedez Benz S Class dengan nombor pendaftaran KCX 8. Tindakan mengundang kecaman pelbagai pihak.

Sumber: bloglistpolitik.blogspot.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Kerajaan PR Kedah beli kereta, kerajaan BN Melaka beli plat kereta"

Leave a Reply

Advertisement