Advertisement

Latest News

Ibrahim Ali ‘sayangkan’ akta zalim ISA

By Mr Cronix - Rabu, 21 September 2011

MyKini - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilihat begitu ‘sayangkan’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila mahu kerajaan Najib mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam akta berkenaan konon bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan untuk menangani isu keselamatan negara.

Dipetik dari The Malaysian Insider, pada perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lepas, Najib telah mengumumkan pemansuhan ISA dan akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Menurut Najib, undang-undang baru akan bakal digubal di bawah ‘semangat serta payung’ Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Pengumuman itu telah menyebabkan Perkasa melenting dan meminta kerajaan Najib mengekalkan elemen-elemen pencegahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam undang-undang baru yang akan digubalkan.

Ibrahim Ali (gambar) berkata, ianya perlu bagi mengelak orang mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat.

Menurutnya lagi, kerajaan tidak harus tunduk dengan desakan politik mana-mana pihak untuk menggubal undang-undang baru itu.

“Saya berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada sentimen politik mana-mana pihak apabila menggubal undang-undang yang baru ini, apa yang penting ialah rakyat sendiri harus memutuskan soal keselamatan mereka. Ini hak rakyat,” kata Ibrahim Ali.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Ibrahim Ali ‘sayangkan’ akta zalim ISA"

Leave a Reply

Advertisement