Advertisement

Latest News

Petrol RON97 turun 20 sen mulai hari ini

By KopiO - Khamis, 5 Julai 2012

Pasti ada di kalangan kita yang bergembira apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol RON97 sebanyak RM0.20 tetapi ramai juga tidak sedar, impak kenaikan harga petrol itu sebelum ini yang mengakibatkan harga barangan keperluan naik melambung tidak turut turun harganya bersama-sama pengumuman penurunan harga bahan api itu semalam.

Nampaknya, tokeh-tokeh juga yang untung. Rakyat sekadar seronok dengar pengumuman penurunan harga bahan api berkenaan. Berapa kerat sangat rakyat marhaen yang menggunakan RON97 jika berbanding barangan keperluan harian yang menerima tempias kenaikan harga petrol sebelum ini.

Bernama -- Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa esok (hari ini).

Dalam satu kenyataan hari ini (semalam), Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok (hari ini).

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Petrol RON97 turun 20 sen mulai hari ini"

Leave a Reply

Advertisement