Advertisement

Latest News

Kelayakan Piala AFC B-22: Malaysia harap keajaiban ketiga terbaik untuk layak

By KopiO - Khamis, 5 Julai 2012

Sedar atau tidak, hanya keajaiban sahaja dilihat mampu menghidupkan semula peluang Harimau Muda untuk layak ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) setelah dikejutkan Myanmar 1-2 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangon malam tadi.

Penyerang tuan rumah, Kaung Si Thu jelas menjadi ‘duri dalam daging’ skuad muda negara apabila meledak kedua-dua gol Myanmar pada minit ke-33 dan 52.

Meskipun peledak berbisa negara, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan, ia sudah terlewat buat Harimau Muda menyambar slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.

Dengan kemenangan itu, Myanmar mengiringi Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan mengutip 13 mata sementara Harimau Muda terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan sembilan mata.

Kini, anak-anak buah Ong Kim Swee perlu menunggu sehingga kempen kelayakan tamat sebelum dapat mengetahui status sama ada muncul pasukan ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan atau pun tidak.

Untuk rekod, sebanyak 16 pasukan yang membabitkan juara dan naib juara kumpulan bersama tuan rumah dan satu pasukan ketiga terbaik akan berentap pada pusingan akhir.

Terdahulu, Korea Selatan mengesahkan slot ke pusingan akhir selepas menewaskan Vietnam 2-0 sementara Taiwan menewaskan Filipina 2-1 dalam dua lagi aksi Kumpulan G semalam.

--Kosmo!

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Kelayakan Piala AFC B-22: Malaysia harap keajaiban ketiga terbaik untuk layak"

Leave a Reply

Advertisement