Advertisement

Latest News

Badminton terbuka Jepun: Chong Wei, regu campuran rangkul emas

By Mr Cronix - Isnin, 24 September 2012

Chong Wei, juara terbuka Jepun 2012 - foto NST
Aksi kejohanan Badminton terbuka Jepun semalam, Malaysia merangkul dua emas melalui perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei dan regu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

Chong Wei seperti yang diramalkan, sekadar menang mudah 21-18 dan 21-18 ke atas Bonsak Ponsana dari Thailand. Kemenangan itu melengkapkan juara tiga kali beliau di terbuka Jepun iaitu pada tahun 2007 dan 2010.

Manakala regu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencatat sejarahnya tersendiri apabila tampil juara buat pertama kali dalam aksi regu campuran Super Series.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya menjinakkan pasangan Indonesia, Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir 21-12 dan 21-19 dalam aksi final.

Manakala regu lelaki negara sekadar merangkul perak selepas terpaksa akur dengan pasangan dari Korea Selatan, Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang. Koon Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas 16-21 dan 16-19 di tangan regu Korea Selatan dalam aksi final. –HARIANKINI.COM

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Badminton terbuka Jepun: Chong Wei, regu campuran rangkul emas"

Leave a Reply

Advertisement