Advertisement

Latest News

Kempen singkir Che Mat Jusoh semakin panas

By Mr Cronix - Isnin, 24 September 2012

Poster kempen jatuhkan Che Mat
Tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, rata-rata peminat bola sepak di negeri Terengganu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), lebih-lebih lagi terhadap ‘bos’ persatuan, Datuk Che Mat Jusoh yang dilihat begitu liat untuk terus berada di tampuk kuasa persatuan.

Apa yang diharap perubahan besar-besaran oleh rata-rata peminat nampaknya tidak membuahkan hasil menyebabkan wujud beberapa kumpulan penyokong bola sepak negeri Pantai Timur itu untuk bangkit menjalankan kempen ‘menyingkirkan’ Datuk Che Mat Jusoh yang dilabel sebagai sudah tua dan tidak berdaya lagi untuk memimpin PBSNT bagi menaikkan imej bola sepak Terengganu.

Bukan setakat kempen di laman sosial yang dikatakan hampir 4,000 orang telah menyertainya, bahkan dicetak poster-poster kempen ‘menyingkirkan’ orang politik yang ‘mesra’ dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dari kumpulan veteran Umno Terengganu.

Antara kempen berkenaan berbunyi, “Asal Bukan Che Mat (ABC)” dapat dilihat di beberapa kawasan dan premis yang ditampal peminat bola sepak Terengganu sebagai mendesak Che Mat Jusoh meletak jawatan dan melakukan rombakan terhadap pengurusan PBSNT.

Keadaan huru-hara bola sepak Terengganu timbul selepas krisis beberapa pemain dengan pengendali berbangsa Inggeris, Peter Butler yang dipanggil menggantikan Mat Zan Mat Aris yang disingkirkan dari menjadi ketua jurulatih pasukan Terengganu sebelum ini.

Padahal Butler sudah pun disingkirkan dari mengendalikan satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Kelantan kerana dikatakan mempunyai masalah dengan para pemain. Namun Terengganu yang dipimpin oleh orang politik yang hanya melihat kedudukan dan jawatan sebagai batu loncatan untuk terus dikenali dan kurang arif berkaitan apa yang disandang mereka, maka ‘virus’ yang asalnya sudah pun terkena Kelantan, tapi kerana pengurusan lemah PBSNT, ‘virus’ berkenaan dibawa ke Terengganu sehingga apa yang berlaku terhadap Kelantan berulang pada pasukan Terengganu.

Memang tersangat lemah pengurusan PBSNT jika perkara berkenaan tidak dapat dihidu lebih awal bahkan sudah pun ada pengalaman oleh Kelantan sebelum ini, namun keangkuhan dan kebodohan yang nyata menyebabkan ianya tampak ‘disengajakan’ oleh pengurusan PBSNT.

Terengganu sebelum ini menjadi antara pasukan yang digeruni dengan penampilan beberapa pemain bintang dan hebat, namun kini kerana keegoan pengurusan PBSNT yang diketuai Che Mat Jusoh, sebahagian besar pemain bintang terpaksa berundur diri dari pasukan Terengganu yang sedikit masa dulu diberi acuan berjaya oleh jurulatih Irfan Bakti. Namun dikatakan merajuk dengan PBSNT sehingga menerima tawaran mengendali pasukan Selangor walaupun beliau sayangkan pasukan Terengganu. –HARIANKINI.COM

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Kempen singkir Che Mat Jusoh semakin panas"

Leave a Reply

Advertisement