Advertisement

Latest News

Ceroboh rumah penduduk semata-mata untuk pasang bendera parti politik?

By KopiO - Rabu, 19 September 2012

Gambar Hiasan
Dilaporkan dari sebuah laman sosial tentang perbuatan kumpulan tertentu yang menceroboh rumah penduduk di Gelang Patah, Johor semata-mata kerana mahu memasang bendera sebuah parti politik di bumbung rumah.

Perbuatan tidak bertanggungjawab yang berlaku itu telah disedari seorang Guru Besar sekolah agama di kawasan berkenaan selepas menyedari ada individu bertindak memanjat rumahnya pada waktu malam untuk memasang bendera parti pemerintah.

Dikatakan, bukan sahaja rumah Guru Besar berkenaan, bahkan setiap rumah di kawasan berkenaan dipasang bendera parti berkenaan.

Kejadian berkenaan mungkin ada kaitan dengan program jelajah Anwar Ibrahim ke Johor, dakwa pemilik laman sosial berkenaan.

Mereka mahu memperlihatkan konon rakyat Johor ramai yang bersama dengan mereka sehingga memasang (secara paksa) bendera di setiap rumah penduduk.

Penulis laman sosial berkenaan turut diberitahu sumber bahawa Guru Besar berkenaan begitu marah dengan tindakan terdesak pentaksub parti kerajaan itu yang menceroboh dan memanjat rumahnya di waktu malam semata-mata mahu memasang bendera parti mereka.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Ceroboh rumah penduduk semata-mata untuk pasang bendera parti politik?"

Leave a Reply

Advertisement