Advertisement

Latest News

Kedai pakaian dalam wanita diarah tutup

By KopiO - Rabu, 19 September 2012

Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Buruh bertindak mengarahkan hampir 100 premis yang menjual pakaian dalam wanita kerana didakwa melanggar peraturan mengambil kaum lelaki sebagai pekerja di kedai berkenaan, lapor sebuah akhbar negara berkenaan, Al-Eqtisadiah di Riyadh.

Menurut peraturan negara arab itu, kerajaan telah menetapkan pekerjaan tertentu hanya boleh membabitkan jantina khusus sahaja bagi mewujudkan keadaan yang selamat bagi kaum wanita di mana-mana premis.

Kerajaan boleh bertindak mengarahkan premis ditutup jika peraturan berkenaan dilanggar.

Menurut laporan, kementerian berkenaan mewartakan peraturan hanya kaum wanita dibenarkan menjual barangan kosmetik. Ia juga termasuk melarang kaum lelaki menjadi jurujual di kedai pakaian dalam wanita.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Kedai pakaian dalam wanita diarah tutup"

Leave a Reply

Advertisement