Advertisement

Latest News

Chong Wei dan Mew Choo kini suami isteri

By Mr Cronix - Sabtu, 10 November 2012

Pasangan bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan pasangan Datin Wong Mew Choo kini sah menjadi suami isteri selepas sebelas tahun menyulam cinta dan akhirnya Chong Wei disatukan dengan pasangannya Mew Choo dalam satu majlis yang begitu meriah dan warna-warni bertemakan Warna Keemasan dan Bunga Berwarna Putih.

Jelas terpancar wajah ceria kedua mempelai sebaik diarak memasuki Dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diiringi 12 pengiring termasuk beregu negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat.

Pasangan yang berpakaian ala Barat, masuk ke dewan pada pukul 8.30 malam dengan diiringi lagu romantik 'Colors of the Wind' nyanyian Vanessa Williams.

"Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis saya," katanya yang sempat menjawab pertanyaan media sebelum diarak memasuki dewan.

Majlis yang berlangsung hampir dua jam dimulakan dengan persembahan slide show yang menceritakan saat Mew Choo dilamar. Sepang Gold Coast menjadi saksi bagaimana ikatan ini akhirnya disatukan. Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan hadir pada majlis berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah turut hadir mencemar duli memeriahkan majlis perkahwinan mereka.

Sumber: sinarharian.com.my

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Chong Wei dan Mew Choo kini suami isteri"

Leave a Reply

Advertisement