Johor berbelanja besar, pikat penyerang Sepanyol dan Mat Yo
By Mr Cronix - Jumaat, 2 November 2012
Daniel Guiza |
Dilaporkan sebelum ini pengurusan Johor cuba menebus kontrak penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) RM1 juta yang masih berbaki setahun selain menawarkan gaji RM80,000 sebulan, Johor yang kini diketuai Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut diberitakan semakin hampir untuk mendapat khidmat penyerang dari kelab La Liga Sepanyol, Getafe CF.
Pemain berkenaan ialah Daniel Guiza, 32, yang juga penyerang kebangsaan Sepanyol. Penjaring terbanyak La Liga 2008 itu dikatakan hampir pasti akan menyarung jersi pasukan Harimau Selatan itu yang asalnya adalah Johor FC yang dijenamakan semula dengan nama Johor selepas pengurusan Johor FC diletakkan bawah PBNJ.
Guiza bakal menjadi pemain termahal dalam sejarah Liga Malaysia apabila nilai pasarannya melebihi 2 juta Euro, terma syarat pinjaman pemain itu ditandatangani, jelas setiausaha PBNJ.
Selain itu, Johor sudah pun mengesahkan mendapat khidmat pemain tengah Selangor yang juga pakar tendangan percuma kebangsaan, Safiq Rahim untuk aksi musim depan.
Johor juga berjaya mendapat pasangan kembar dari ATM, Mohd Zaquan, Mohd Aidil Zafuan, Muslim Ahmad (Terengganu), Mohd Azmi Muslim (ATM) dan Nurul Azwan Roya (Kelantan).
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Johor berbelanja besar, pikat penyerang Sepanyol dan Mat Yo"