Aziz Bari tanding di Parlimen Sabak Bernam pada PRU-13
By KopiO - Sabtu, 3 November 2012
Dr Abdul Aziz Bari diumum sebagai calon baru bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Dengan itu, PKR yakin dapat merampas semula kerusi berkenaan.
Bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu akan bertanding atas tiket PKR walaupun sebelum ini ada khabar menyatakan Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharom disebut-sebut sebagai calon PRU-13 di kerusi yang kini disandang Umno-BN.
Menurut Abdul Aziz (gambar), pemilihannya adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.
“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Aziz Bari tanding di Parlimen Sabak Bernam pada PRU-13"