Advertisement

Latest News

Selangor kesan 134,675 pemilih baru tidak dapat dikenal pasti

By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012

Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang.

Daripada 134,675 pemilih yang tidak dikenal pasti ini, 51 peratus pemilih ini adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baharu ini dalam lingkungan umur 21-30 tahun.

Dari aspek bangsa pula, 45 peratus pemilih yang tidak dikenal pasti adalah berbangsa Melayu, 35 peratus Cina, 13 peratus India dan 7 peratus lain-lain.

Laporan itu turut menyatakan seramai lebih 9,000 pemilih berdaftar baru gagal dikenal pasti dikesan di DUN Sri Serdang - yang merupakan kawasan ketua pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

"Sri Serdang mencatat bilangan pemilih yang tidak dapat dikenal pasti yang paling banyak," laporan itu dipetik.

Ia diikuti dengan kawasan wakil rakyat Pakatan - Subang Jaya seramai lebih 8,000 pemilih (Hannah Yeoh - DAP), Hulu Kelang lebih 5,000 pemilih (Saari Sungib - PAS), lebih 4,000 pemilih di Bukit Lanjan (Elizabeth Wong - PKR), Kinrara (Teresa Kok - DAP), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Kota Damansara (Nasir Hashim - PSM), Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) dan Taman Medan (Haniza Talha).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas sidang DUN berkata inisiatif itu diusahakan kerajaan negeri dalam tempoh tiga bulan bermula Jun lalu dan ia dibuat kerana Selangor ragu dengan penambahan daftar pemilih di Selangor.

Beliau bagaimana pun menjelaskan pencirian pemilih berdaftar yang gagal dikenal pasti itu akan hanya didedahkan dalam pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

--Malaysiakini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Selangor kesan 134,675 pemilih baru tidak dapat dikenal pasti"

Leave a Reply

Advertisement